Tuhan.........
Saat aku mencintai seorang teman
Ingatkan aku bahawa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir
Tuhan..........
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejatimu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi
Tuhan............
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukan aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat cintaku kepada-Mu
Tuhan................
Ketika aku berharap aku cinta kepada-Mu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya bertaut pada-Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu
Sebagaimana orang bijak bercakap
mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah bererti
Tetapi dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya
:)

No comments:
Post a Comment