Friday, November 25, 2011

Persedian belum cukup..tapi masih belum terlambat

Assalamualaikum..
Teringin nak update blog hari nie..hehe..at least kalau saya mati, ada juga bahan utk ditinggalkan, segla luahan rasa, keinginan dan segala bagai..:)

Sebagai manusia, kita tak boleh lari dari KEMATIAN. kita hanyalah pinjaman je kt dunia.so, sama2 lah ingat mati T_T.Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:

"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 

No comments:

Post a Comment