Wednesday, September 28, 2011

JaNGaN mEnCaRi TeRLaLu SeMpUrNa..(utk pedoman bersama)

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambilnya..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Kerana ia akan SAKIT oleh bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi masih hidup.

Begitulah juga... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkanya begitu saja, kerana dia akan terluka oleh kerana kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu..Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu mendapatkannya semula.




Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..
  
Ensem x?hehehe..kehenseman luaran xpenting..